Saturday, February 19, 2011

betol ke ade naga???



Penduduk di Kutai Barat, wilayah Kalimantan Timur digemparkan dengan kemunculan sepasang naga raksasa sebesar sepanjang 40 meter.
Haiwan itu dilihat menyusur di permukaan air di Sungai Mahakam yang menghubungkan Riam Haloq, Kampung Long Tuyoq, Kecamatan Long Pahangai di sini.
Naga raksasa seperti ular itu didapati melintas di sungai ini diyakini masyarakat suku Dayak sebagai naga.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh akhbar Tribun, peristiwa kemunculan naga tersebut berlaku pada 29 Januari lepas.
Pada hari kejadian, sejumlah penumpang dan pemandu sebuah bot panjang yang dalam perjalanan ke sini melihat sepasang naga mirip ular raksasa itu melintas di permukaan Sungai Mahakam dari arah berlawanan.
Bimbang mereka akan menjadi korban haiwan raksaksa itu, pemandu bot berkenaan mengemudi botnya ke tepi sungai untuk memberi laluan.
"Kedua-dua ekor naga itu bergerak terus dan tidak merasa terganggu dengan kehadiran bot itu," kata seorang penduduk tempatan, Dodik, yang mendengar tentang peristiwa itu daripada keluarganya di Mahakam Ulu.
Pemandu dan beberapa penumpang bot itu kemudian merakamkan gambar raksaksa tersebut dengan menggunakan telefon bimbit berkamera.
Gambar-gambar naga raksasa itu kemudian tersebar dan menggemparkan masyarakat tempatan.
Menurut seorang penduduk di sini, terdapat dua naga yang dilihat. Salah satu haiwan itu dipercayai jantan kerana terdapat dua tanduk di kepala manakala naga betina pula tidak bertanduk.
Kedua-dua haiwan itu memiliki empat kaki, kulit berwarna hitam dengan panjang sekitar 40 meter.

berita pasal naga ni ak jumpe kat internet dok heboh sal naga ni, tapi btol ker naga ni wujud???

mse kecik2 dlu naga yang ak bayangkan macam dalam cter dragon ball tue, naga yang sangat besar, naga yang baik..ha3

tapi ble tgk dalam gambar yang diorg amek gambar tue mcm real kn.. bukan fake lah, tp ble tgk balik mcm ular plak...

mase kecik2 dlu ade sebuah cerita yang slalu arwah nenek ak cter psal naga nie,
diorang mmg asal di hulu langat,

ade orang2 kampung kata ular dan ade orang kampung kata naga, kawasan yang diorang maksud kan di DEM (empangan semenyih), dulu tempat kat cni kira macam horror lah jugak, macam cter yang ak dengar,

mengikut cerita nenek ak tu. ular@naga tue mmg sangat besar, sampai diorang tak mampu nak bunuh, benda tue, dan ular@naga tue terus lenyap kat dalam empangan semenyih, da orang tua ckp ular@naga tue masih wujud lagi.. diorang cakap andaikata satu hari nanti empangan semenyih tu kering, diorang akan dapat tengok ular yang diorang cakapkn tue,



mengikut cerita ular@naga tue asal hidup diatas bukit bersebelahan dengan empangan tersebut, kali pertama diorang jumpe ular ni pada tahun 1983 kata nenek ak,

mase tue dirang still nak siapkan empangan semenyih tue,
ramai jgk orang yang lalu kawasan ntuk ke empangan terserempak dgn ular@naga tue,

tapi skg sume cter2 sal ular@naga tue mcm ditelan zaman, tak banyak lagi cerita sal ular@naga empangan semenyih nih,

1 comments:

  1. bg kaki2 pancing y kerap ke sini mgkin ada y prnh tserempak dgn bnda2 y susah nk digmbrkan..2 mggu lpas ak g mncing sana..xsmpai 1jam mncing ak nmpk satu kelibat mcm kepala haiwan kt tgh2 dam tu..jarak kasar dgn aku mgkin 300-400 meter..ak nmpk dgn jelas bntuk dia wlpn jauh nya tgh..ak pn phatikan jela..dlm fikiran ak mgkin kah tongkol kayu?tp spnjg ak kesini xprnh nmpk tgkol kayu tgh2 mcm tu..ak bt dekk kn aje..trus kn mncing..selang 10minit ak cuba nk tgok balik tp bnda tu xde dah..hari ni aku cerita kn pgalaman ak tu dekat sorg kwn ak,org asli kwsan sana..dia ckp dkt dam tu mmg ada haiwan bsaiz besar,mgkin apa y ak nmpk tu ular sawa kata nya..dia sndri pn byk pglaman dgn haiwan2 besar y tggl dkt dam semenyih...so kpda kaki2 pncing y suka cari lubuk baru..hati2..make sure kalau umpan y diguna tu jenis berbau hrp korang simpan dlm bekas trtutup rapat,bg mngelakkan dihidu oleh pemangsa2 y mnghuni disana..

    ReplyDelete

 
...mY jourNey... @ennizam