Wednesday, February 9, 2011

The Green Hornet




filem aksi bercorak superhero ini mengisahkan tentang seorang superhero yang digelar “The Green Hornet” (Tebuan Hijau), mewujudkan satu lagi kisah superhero. malangnya jalan cerita filem ini sangat tidak releven, aksi- aksi di dalam filem ini pula adalah aksi yang biasa dilihat didalam filem-filem superhero yang lain. sangat mengecewakan apabila filem yang mendapat liputan media yang meluas ini tidak mampu memberi kesan yang mendalam selepas menontonnya,

filem ini mengisahkan anak kepada seorang editor akhbar utama di Los Angeles, Britt Reid (Seth Rogen). yang ingin sangat menjadi superhero, setelah bertemu bekas kakitangan ayahnya,Kato (JAY CHOU) yang mempunyai kemahiran dalam martial art dan sangat kreatif mencipta peralatan-peralatan yang menarik. mereka kemudian bekerjasama menentang kejahatan- kejahatan yang terdapat di Los Angeles, kisah tersebut dikembangkan lagi apabila Britt Reid mengetahui kematian ayahnya adalah satu pembunuhan yang dirancang.

cameron diaz pula memainkan watak sebagai Lenore Case, dia diambil bekerja sebagai setiausaha kepada Britt Reid setelah kematian James Reid iaitu bapa kepada Britt, Lenore Case banyak menyiasat dan membuat liputan tentang kemunculan The Green Hornet di L.A.

juga terdapat beberapa babak yang tidak masuk akal antaranya babak dimana, The Green Hornet dan pemandunya terperangkap didalam tanah, kemudian fungsi letupan diaktifkan didalam kereta, terus kereta tersebut diletupkan untuk menyelamatkan mereka daripada terperangkap. walaubagaimanapun The Green Hornet dan pemandunya tidak pula mendapat sebarang kecederaan daripada letupan tersebut.

terdapat juga dimana babak aksi tembak menembak dan rempuhan didalam pejabat disebuah bangunan, semua bekalan elektrik terputus tetapi tidak pula didalam bilik pejabat Britt Reid.

2 bintang untuk filem The Green Hornet.

0 comments:

Post a Comment

 
...mY jourNey... @ennizam