Monday, February 14, 2011

NGANGKUNG

NGANGKUNG

filem ini mengisahkan tentang 3 sahabat y pergi me”ngangkung” dan tentang kesan dan akibat dr perbuatan diorg nie, filem ini gak menghiburkan lah.. dengan telatah2 pelakon dr filem ini, seperti Angah Raja Lawak, Azad Jasmin, Eira Syazira, Putri Mardiana, Azlee Jaafar, Shaheizy Sam

“Ngangkung” adalah perbuatan memuja nombor ekor @ manderam.

mengisahkan seorang pemandu lori, Azim yang hidup serba sederhana bersama isterinya, Suri dan anak perempuannya. Dua sahabat baiknya ialah Tasnim dan Wan yang merupakan kaki ekor.

Tabiat serta aktiviti Tasnim dan Wan memang diketahui oleh isteri masing-masing. Azim pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti mereka tetapi akhirnya terpengaruh kerana desakan dan kesempitan hidup.

Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung. Bermula dengan hanya melihat, semakin hari Azim semakin seronok menyertai aktiviti dua rakannya itu secara senyap tanpa pengetahuan Suri.

Pelbagai cara serta bermacam jenis bomoh yang mereka temui semata-mata untuk mendapatkan nombor yang perlu dibeli dan dalam masa yang sama, pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung.

Perubahan sgt ketara dalam hidup Azim selepas memenangi nombor ekor…
antara adegan2 menarik y da dalam filem ni

1) MENGANGKUNG DI TEPI PERIGI
-memang klakar lah ble part hantu y diorg puja tue bagi tasnim makan kuih kan…

2) Aksi SELEPAS KENA NOMBOR EKOR
- :-) kalau korg nak tgk mcm mne org kne nombor ekor dlm filem ni lah korg dapat tgk…

dgn dibantu oleh pelakon seperti mazlan pet pet, filem ini bertambah menarik
walaubagaimana pon. bg ak filem ni 3 bintang je…
suntingan filem tue agak kucar kacir sket..

0 comments:

Post a Comment

 
...mY jourNey... @ennizam