Sunday, June 26, 2011

kehidupan...

kehidupan ni mmg kadang kat BAWAH kadang2 di ATAS
mmg kdg2 ble kita biase diatas... bila jatuh ke bwah.. susah untuk kita terima hakikat tue,
bila kita biase dibwah, sekali sekala di atas kita lupe plak kn sblm ni kita pernah dibwah...
hidup ni bukan mcm bola...bukan mcm roda.... tp satu perjalanan....

CERPEN: Si Tukang kAyu...

hari ini tergerak rasa untuk berkongsi cerita sal tukang kayu nie....

Di suatu masa, terdapat seorang tukang kayu yang semakin dimamah usia. Dia bercadang untuk bersara daripada kerjanya sebagai tukang kayu yang bertanggungjawab membuat rumah di sebuah syarikat pembinaan.

Dalam fikirannya lagi, dengan tenaga yang semakin kurang, dia ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga tersayang. Tukang kayu ini tidak akan menerima lagi upah sekiranya beliau bersara. Tetapi, dia tetap dengan keputusannya. Lalu, tukang kayu itu memberitahu majikannya tentang hasratnya itu.

Apabila majikannya mendengar luahan hati tukang kayu yang berpengalaman itu, dia merasa sedih dan memujuk tukang kayu tersebut agar menarik balik keputusannya. Akan tetapi, tukang kayu itu tidak berganjak dan tetap dengan niat untuk bersara. Akhirnya, majikannya bersetuju dengan keputusan tukang kayu itu, tetapi dengan satu syarat. Permintaan terakhir majikannya ialah menyuruh tukang kayu itu membina sebuah rumah buat kali terakhir.

Tukang kayu itu merasa gembira dan bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh majikannya. Tetapi, kegembiraannya untuk bersara mengatasi semangat dan kemahiran yang ditunjukkan semasa bekerja. Akibatnya, rumah yang dibina buat kali terakhir itu telah disiapkan dengan sambil lewa, tanpa penelitian khusus serta menggunakan kayu yang rendah kualitinya. Rumah itu berjaya disiapkan dalam jangkamasa yang singkat.

Apabila majikannya melihat rumah itu, dia mengambil kunci pintu utama rumah tersebut dan memberikannya kepada tukang kayu itu seraya berkata "Inilah hadiah persaraan daripada saya kepada kamu. Selamat bersara."

Tukang kayu itu terkejut besar dengan kata-kata majikannya. Beliau tidak menyangka bahawa rumah yang dibinanya buat kali terakhir itu adalah rumah untuk kegunaannya sendiri. Alangkah menyesalnya dia kerana menyiapkan rumah itu secara tergesa-gesa dan jika dia tahu sebelum itu, dia akan membina rumah tersebut dengan penuh teliti dan menggunakan bahan yang bermutu tinggi.

Pengajaran daripada cerita ini, sebagai seorang manusia kadangkala kita lupa tentang apa yang kita lakukan hari ini adalah masa depan kita. Maksudnya di sini, kita tidak memikirkan sebab dan akibat perbuatan kita. Kata hikmah seorang pendeta, apa yang kita lakukan hari ini menentukan masa depan kita....

setiap hari kita bekerja, adakah kita bekerja hanya untuk makan gaji sahaja????? pernah ak berfikir.. ak dtg tempat kje sbb nk keje n bulan2 dapat gaji..tue da cukup...
tp pernah x kita terfikir "KEIKHLASAN dalam PEKERJAAN"..... kdg ak tfikir jugak.. wat pe kita jek y wat kje elok2, tp org lain y senang lenang...??????.......

ASB/ASN Haram – Jabatan Mufti Negeri Selangor


Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:
  1. Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.
  2. Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.
  3. Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.

klu korang rse was2 ngan post nie leh...leh hubungi terus JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR..

Jabatan Mufti Negeri Selangor
Tingkat 7 & 8, Menara Utara,
Bangunan Sultan Idris Shah,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603-5514 3400
Mufti: 603-5514 3738
Timb. Mufti: 603-5514 3730
Fax: 603-55197584
Email: mufti_sel@selangor.gov.my
Web: www.muftiselangor.gov.my

Thursday, June 23, 2011

230611

.....f%^& for 2day, hari y malang bg ak, balik keje dlm 9.30mlm td, ak lupe satu tarikh y amat penting.. :-( gler ak rse berslah sgt...2day 23june birthdy mak aku, ak btol2 lupe.... cmne r bley lupe...:-( adoiii xsnggp r nk jmp mak esok.. skg ak balik, n mse tgh tulis post ni, ak still xjmpe ngan mak lg.. sbb mak dah tdo.. anak pe lah kn..

mintak maaf byk2 mak..lupe birthday mak...

sungguh hebat cara adik ak kne kn aku, die tny kat ak.."nak mkn kek x....??? "...
ak jawab r nk...
die senyum smbil keluarkn kek dr dlm peti ais... smbil ckp.. "nie kek aiskrim... sedap nie.." ak tny balik..
"pesal lak tetibe beli kek nie..." sambil ak amek pisau nk potong ke... smbil tgk bola (malaysia vs lubnn)..
dgn selamba adik ak ckp..."BIRTHDAY MAK ARINIE...................."
cube bygkn pe y ak rse....
patut ah smlm mak suh cuti arinie.....:-( cian mak..

bdohnyer ak.....

Tuesday, June 14, 2011

Travel Photographer Of The Year Competition

Travel Photographer Of The Year Competition


gambar ni taklah menarik sgt pon tp cmne tah bleh menang, kemungkinan latar pengcahayaan gambar ni diambilkira. info gamba ak xtau..:-) 


Gambar ni pula juara dalam portfolio motion (gambar bergerak). Richard Murai, USA. Ciri-ciri visual yang paling menarik dari perjalanan di Bhutan yang banyak2 biara atau dzongs, yang berfungsi sebagai pusat ibadah dan latihan agama. Di setiap wilayah yang terbesar, dari benteng-benteng abad pertengahan host festival tahunan daerah yang dikenali sebagai tsechu.




ape yang aku tau gambar  ni diambil di padang rumput di Tibet, yang kini menjadi sebahagian daripada wilayah Sichuan di China. gambar ni diambil pada bulan Oktober 2009, pada masa ini pemerintah tibet telah menutup semua pintu2 utama kerana terdapat rusuhan
yang menarik sal gambar ni komposisi gambar ni sangat tersusun. nampak gambar benar2 hidup. klu korang tgk.. dapat x rase kesibukan pada salah seorang dr mereka didalam gmb.






Pemenang portfolio gambar penemuan menarik dari James Morgan, mengisahkan tentang seorang nelayan berketurunan bajau laut  memburu sotong yang sangat besar, dan membawa balik sotong ke perahunya, mengikut info gambar diambil di perairan sulawesi indonesia

,  


gambar budak dengan ikan yu, hanya salah satu gambar terbaik.


usaha pemulihan ikan pari.



Salah satu gambar menarik, di Poras Chaudhary, India. Seorang Sadhu sedang keluar dari asap serbuk bwarna semasa festival Holi di Kurukshetra, Haryana, India. Dia kembali setelah membayar penghormatan kepada Tuhan Krishna dengan yang festival bermula...itu mengikut pemahaman die lah ek..




nie gamba pe lak nih.. burok benor... huh..
 gambar oleh Jordi Cohen Colldeforns, dari Sepanyol. menceritakan Perayaan Gede, Pesta Orang Mati, adalah saat ketika Vodouisants Haiti merayakan orang mati leluhur yang berjalan dengan mereka sepanjang hidup mereka....huh






gambar menarik dari Lukas Duggleby...Di Kuil Buddha Wat Phra Dhammakaya semasa merayakan hari suci agama Buddha Makha Bucha dengan menyalakan lilin massa sekitar 100.000 sami dan orang awam...









 ak harap satu hari nanti gambar ak da kat sni....:-)


Monday, June 13, 2011

kelebihan dan kekurangan

kekurangan kita adalah kelebihan dia, kelebihan kiter kekurangan bagi dia....... 


indah kan perkataan ney, menunjukan setiap dari kita ade kekurNGn DAN kelebhan masing2, kita kne menerima  ape saje kekurangan yang ade pada kita, semestinyan kita ade benda tue, 


dan kemungkinan ape yang kita ade.. xde pada orang lain.. <> lain plak jadi die :-)



Goodbye Mr. Cool (2001)






Goodbye Mr. Cool,


diarahkan oleh jingle ma chor-sing, diterbitkan pada tahun 2001, mengisahkan tentang seorang keas ahli kongsi gelap bernama DRAGON (ekin cheng). selepas keluar dari penjara, suntingan filem ini amat menarik kerana dapat menarik minat semasa menonton filem ni,

Cerita tentang tidak hanya mendatar dan terus menceritakan tentang Dragon dari mula terlibat dengan kongsi gelap sehingga masuk ke penjara, tetapi suntingan filem ini memainkan peranan yang penting dengan membuat penonton ini mengikuti kisah Dragon, bagaimana asal Dragon sehingga kehidupannnya selepas dipenjara diganggu oleh kawan-kawannya yang kini menguasai hampir semua kumpulan2 kongsi gelap diseluruh Kowloon (hong kong).

kawan2 Dragon cuba untuk menarik kembali Dragon menyertai kumpulan mereka tetapi ditolak oleh Dragon...

3 bintang untuk filem genre triad ni,

Sunday, June 12, 2011

myspace

slpas cube balik open myspace acc. ak jumpe gmb ni kat myspace, umm ni gmb mse ktrg g cameron 2 tahun lepas kot.. umm dah lme.. n xingaT dh..

Saturday, June 11, 2011

Putera William Kate Middleton Cerai.






Putera William Kate Middleton bercerai setelah 5 Minggu Royal Wedding, mengikut posting berita dari The Onion
The Onion berkata, "-Hampir sebulan selepas berkahwin dgn  Kate Middleton 29tahun dalam sebuah upacara perkahwinan kerajaan yang disaksikan oleh kira-kira 2 bilion orang di seluruh dunia, Putera Williammengumumkan hari Selasa lalu bahawa dia dan Middleton telah bercerai dan semua perkahwinan itu adalah kesalahan yang luar biasa dan tidak dapat diterima olehnya 

"". saya benar-benar tidak tahu apa yang saya fikir, ia sungguh mengerikan, saya tidak mencintainya dan tidak pernah memiliki dirinya dan jujur saya katakan saya tidak pernah benar-benar minat untuk berkhwain, "kata Putera William....
. "Orang-orang mengira perkahwinan kami adalah ibarat cerita dongeng, tapi saya jamin itu semua hanya satu upacara mengerikan yang keluar dari tangan. saya hanya lega semua itu sudah berakhir, terus terang.saya senang kerana tidak harus melihat wanita mengerikan itu lagi. "Putera William kemudian mengatakan kepada wartawan berkumpul," Yah, lihat kamu semua nanti, "tersenyum, danberjalan kembali ke Buckingham Palace."


Kita tidak boleh mengatakan apa-apa sekarang, kerana hanya boleh menjadi berita palsu hanya sampai akan disahkan oleh jurucakap keluarga kerajaan.



waiting sum 1

N.zM

... ade seni x gmb nie.... nme ak wat dr batu sungai.. umm kreatif x:-)he.he....

Friday, June 10, 2011

100611

..hari ni ak dapat rse mcm ne agak nyer kalau dtg kje tp xkje nk wat, mmg membosankn.. 2day ak dtg2 teamleader suh msuk department lain coz my dparmnt kje xbyk team mber y lain leh cover.
mmg happy lah kje kat dlm IC, IC ni department dimana kje didalm sebuah bilik..y byk gler DOCKEt2 FiLe.. byk gler rak2 fail y dipanggil convector..
kje ak bwat kat dlm ni senang jek.. tgk location file, cari location n keluar kn docket tue... umm berbeza dgn keje kat luar (department ak skg)... departmnt ak skg dipanggil lodgemnt.. kje die memula dtg pepagi.. angkat kotak.. amek kotak mengikut figure, sorang kne amek 270 ca.. 270ca ni ialah.. kne bwat sebanyak 270file, dlm satu kotak da mcm2 file/document.. cthnyer letter offer, valuation report, title (geran), charge(gadaian), sale and purchase angreement... kdg2 berebut jgk nk kotak2 ni... example.. ade 3 kotak a,b dan c... kotak a tertulis satu kotak "30ca" kotak b tertulis satu kotak "100ca" dan kotak c tertulis satu kotak "50ca".. agak2 mne korg nk amek..????????? biase kitrg akan brebut kotak y besar tue.. coz klu kotak kecik nk cukupkn 270 kne la amek byk2 kotak.. umm;-) y kotak besar tue bisenyer plak.. docmnt nk di "barcode" kn senang jek... 1borower = 1 docment.... y kotak 30 tue.. kdg 1 borower = 5 document.. mmg la susah kn..
umm tue cter kje ak kat deparmnt skg r...
y kat dlm nie sume same jek kje... dpt workorder.. cm satu list senarai file y nk kne dikeluarkn, kita cari dan amek... cm nk nk beli brg2 dapur kat pasaraya tue.. cmtue r...
keje kt lodgement korg akan duduk dr pagi smpi la ptg... depan pc jek la... wat data entry kn...
ak rse klu cmpur sume kje2 y ak wa dr pagi smpi ptg.. ade la dlm 2 jam r paling lme... cmpur rehat.. umm ak da ngular arini dlm 5 jam... ummmkn gaji buta 5 jam... ok r tue dr hari2 mngular kn..
==================================================================

mybeshfriendz

...nie gamb2 y ak amik mse 19 dec 2007, mse ak br abes blaja... baim still study lg tp da nk abes, die lak br jek jek lepas eksiden motor..fai still cm biase kje kat hotel, kira antara kitrg mamat ni lme bkerja.. lme jgk la kami xjump sbelum nie, kitrg mmg rapat dr skolah lgi.. mcm2 da kitrg bwat.. background kitrg pon asal dr tempat y berlainan.,

jrg dpt jump then ble jumpe tue huh tau jek r.. pth 18dec ktrg jump merayap smpai lah 20 dec.. umm satu selangor dh pusing rsenyer...
























































 
...mY jourNey... @ennizam