Saturday, December 29, 2012

Barang Baby

~...dAdDY & muMIE TO bE...~

insyaallah tahun depan kitrg akan menyambut kelahiran baby..

so persediaan tue kne la bwat kn, so awal2 lagi kitrg da beli brg baby sket2, umm byk rupernyerr barg baby yg kne beli... seyes mmg ak xtau ape benda pon..yang ak tau pempers ngan susu baby jek la,

benda2 yang xpernah terpikir akan beli mcm BreastPum la, botol susu nk simpan susu la.. ummm standard la kalau beli yang botol susu biase.. tapi ni kne beli yang stock nk simpan susu ibu..



 
tgk dlm gmb tue.... sampai nk lepak kat sofa pon xbuleh....
barang ni kebanyakan xbeli setempat....
 
alau ikutkn peratus tempat beli...
 
1)Manjaku 10%
2) OBW (One Baby World) - 40%
3)Expo Brg Baby-30%
4)Sponser - 10% -)
5) lain2 tempat - 10%
 
tah la..tp aku rse Mumie die excited sgt nk beli brg2 ni... bygkn la.. baru 3 bulan pegnant separuh brg da beli, alasan die... nti da sarat mengandung susah nk berjalan g beli brg..huh.. tgk skg perut da 6 bulan lebih... rileks jek merayap lg...
 
 
 

hari kristmas 2012...

Hari kristmas...

seumur hidup ak, ak xpenah hias untuk bwat sambutan kristmas...
umm kalau kita taksub sgt rsenyer leh bwak kepada berdosa kn...:p so ak wat benda ni just suke2 ngan budak2 opis..kida..n sumadhi... diorg plan nk wat sket hiasan kat sudut opis ni, diorg kata mmg tiap2 taun bwat benda ni

kitrg bertiga hias satu sudut dan wat bentuk pokok krismas kat tepi dinding,,:-p mmg best jgk...

so lepas hias plak.. masing2 kena cabut undi n beli hadiah..minimum Rm20 untuk tukar2 hadiah...

so lepas cabut undi ak dapat plak ast manager punyer name.. ak nyer head. Ms MArilyn..:-)

xtau la nk bg pe... so mse jalan2 cuti 25hb, ak singgah sat kat daiso..jumpe satu kotak ni.... kotak merah mmg cntk n nampak cam mahal la tp berharga 5 ringgit n beli pewangi berharga 5ringgit jgk.. so total 10 ringgit.. jimat...:-p

ok la tue.. tp keesokn hari ak tgk kat opis, hadiah diorg sume gempak2... ala malu plak nk letak hadiah ak.
so berbekalkan keikhlasan yang bharga 10 ringgit ak letak je lah.. janji ikhlas..:-p so settle hadiah kristmas... so ni pengalaman manis ak kat Opis ni..

kami

 
`~     kAmi    ~`
 
 
ni gambar kami 3 beradik,
ak yang sulong dan ade seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan...
ni gambar mse ak darjah 5 kalau, :-) gelap kn...ikutkn  kitorang bukan lah dari keluarga yang senang, tapi suma nyer cukup bg kami sekeluarga, takde yang kurang, alhamdulillah..

mak ngan ayah orang berniaga, so kami adik beradik mmg rapat sbb hari2 masing2 da tugas masing... biase tugas2 kitrg mse kecik dlu..

1) mesin cili kering (2kg)
2) potong bawang besar/putih/ kecik 2kg
3) g kedai brg beli kelapa dan brg2 masak lain
4) kupik kerang (buang kulit, seyes shittt mmg byk 1 besen kut)

so setiap hari nie task2 yang kitrg kne buat... mmg kadang2 slalu la bergaduh..
sape yang dapat kupik kerang tue mmg malang la hari die,

seyes mmg ak ak xsuke kupek kerang so biase lepas magrib.. ak cepat2 amik bawang2 ngan lapik, n pisau lepak depan tv sambil potong bawang..hahhaha so nasib la spe yang kne bwat benda lain tue... ak xsuke mesin cili sbb kena mesin kat dapur..lagipn byk... kupik kerang ngan mesin cili mmg stok kne bwat kat dapur, mak marah kalau buat kat depan tv...mse dlu slalu ak anggap benda2 ni beban, nape la mak xwat sendiri... ak slalu bengang, n slalu bengang, bengang dan bengang... lame2 baru ak sedar2.. xsusah pon benda tue sume... kalau nk dibanding pe y fmly kita wat untuk kita....

lepas subuh smpi la magrib... mak ngan ayah xde kat rumah.. diorg berniaga, gerai mkn... so mmg pandai2 kitrg adik beradikk... bila ingt benda ni sume ak bersyukur pe yang ak ade skg. motor dalam gambar ni byk berjasa pada kami sekeluarga tp da kne jual sbb mse tue ekonomi xok sgtkn... biase la ayah, ayah jenis la beli brg exple cam kreta, umah or benda lain.. die akan pikir harga bila jual balik... seyes... lepas jek bayar benda tue die akan bajet bila nk jual balik benda tue,:-p << mmg ak rse negative sifat cmtue, tp best jgk..pkai pe benda ...then jual balik... adik ak yg pompuan dlm gmb ni.. mmg kaki dangdut glerr... seyes..radio lg mahal dr tv, tv pon kecik jek.. sbb adik suke karoake n ayah belikn radio, radio aiwa (kalau xsalah la mse tue..)

adik yg pmpuan ni nme die Ain.. mmg slalu juara pertandingan menyanyi kat skolah... dr darjah 2 smpi la abs skolah rendah mmg die tiap2 taun no 1, xpon no 2..

adik yg lelaki ni.. boboi, dr kecik ak panggil die bangla.. sbb muke die cm bangla... kat skola die jenis y senyap jek... jenis baik sokmo... slalu nanges...

ak lak dlu seyes mmg jenis y nakal glerrrrr... + kejammm..:-p tp hormat org tua.

nti ak upload gmb kitrg skg...

Friday, December 28, 2012

up

next travel...2014??

.... rse mcm dah lame tak pergi travel, :-p bila lah lagi nk pergi, yang penting tahun 2014 ak akan pastikan akan Pergi PulAU PAlawAN...kat Filiphine... bile tgk gmb beg ni, mmg excited gle nk pegi,

Monday, June 18, 2012

hari pertama

. . Bermula la satu lg perjalan hdup ni, career di tempat br. . Walaupn kje ni sebulan jek. . Ak akan cube wat kn y terbaik. .
Published with Blogger-droid v1.6.9

Sunday, June 3, 2012

Muntah Susu

Apa itu muntah susu?

Istilah perubatan pada masalah ini ialah gastroesophageal reflux. Ia tidak sama dengan muntah biasa. Muntah susu adalah masalah yang sangat kerap terjadi dikalangan bayi iaitu 40% pada bayi berusia kurang dari 1 tahun.

Apa yang menyebabkan muntah?

Ia terjadi kerana susu didalam perut termasuk balik kedalam salur esophagus ( saluran yang menyambungkan perut dan mulut). Bagi bayi yang lebih berusia, terdapat otot pada pangkal esofagus ini yang menghalang makanan dari perut masuk balik ke esofagus yang berfungsi seperti penutup satu hala atau 'valve'. Walaubagaimanapun, valve ini tidak betul-betul berfungsi sehinggalah bayi berusia 1 tahun ke atas. Itulah sebabnya ia lebih lebih kerap terjadi dikalangan bayi berusia kurang dari 1 tahun.

Gejala dan simtom

  • Keluar secara 'effortless'
  • Muntah terjadi sebaik minum susu
  • Muntah selepas sendawa
  • Susu keluar lebih banyak terutama setelah terlebih minum

Tip untuk kurangkan muntah susu

  • Sendawakan bayi dengan lebih kerap, semasa dan selepas menyusu
  • Kurangkan tekanan pada perut- jangan berbekung atau memakai lampin yang ketat.
  • Elakkan pergerakkan seperti membuai yang keterlaluan semasa dan selepas menyusu
  • Hindar dari minum susu terlalu banyak dalam satu masa
  • Baringkan bayi dalam kedudukan mengiring sebelah kanan semasa tidur
  • Tinggikan kepala bayi 30 darjah semasa tidur
  • Tegakkan badan bayi sebaik selepas menyusu.
  • Periksa samada terdapat “dribbling” pada mulut bayi semasa tidur. Lap sekiranya ada susu untuk mengurangkan iritasi.
  • Pastikan bayi tidak mengalami dihydrasi (kekurangan cecair badan) dengan memeriksa tanda-tanda dehidrasi seperti:
    • Lampin- sekiranya lampin kerap kering bayi mungkin mengalami dehidrasi
    • Periksa mulut: Lidah yang terlalu kering menunjukkan bayi dehidrasi
    • Kulit: sekiranya nampak kering dan berkedut, mungkin bayi mengalami dehydrasi.

Bila perlu jumpa doktor?

Kebanyakkannya akan hilang dengan sendiri selepas 12 bulan dan bayi membesar secara normal. Walaubagaimanapun, ada segelintir dari bayi yang muntah terlalu banyak sehinggalah ia tidak membesar sebagaimana yang sepatutnya. Sekiranya muntahnya keterlaluan setiap kali menyusu, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.

TIP UNTUK MENYUSUKAN BAYI

  • Menyusu dengan kadar sedikit. Hadkan setiap susuan kurang dari 20 min sekiranya menyusu botol.
  • Sekiranya menyusu badan, susukan pada sebelah buah dada sahaja dan perah yang satu lagi.
  • Jarakkan susuan sekurang-kurang 2 jam kerana perut mengambil masa 2 jam untuk kosong semula.
  • Pakaikan lampin dengan lebih longgar
  • Susukan bayi dalam keadaan tegak sedikit

Bayi DEmam??

Apabila anak anda mengalami demam, ia selalunya menunjukkan yang badannya sedang melawan serangan kuman.  Walaubagaimapun, kanak-kanak juga mungkin akan cuma mengalami sedikit rasa panas, berpeluh dan rasa “feverish” tanpa betul betul mengalami demam yang sebenar. 
Tidak semua bayi atau kanak-kanak akan mengalami demam walau badannya sedang melawan jangkitan kuman dan tanda-tanda mungkin berbeza diantara satu dan yang lain. Ada setengahnya mungkin aktif walaupun mengalami demam tinggi dan ada juga yang kelihatan cukup lemah walaupun cuma mengalami demam yang sederhana sahaja. Kebanyakan demam yang ringan dengan sendiri hilang selepas 2-3 hari tapi sekiranya  ia berlarutan bawalah anak anda berjumpa doktor.

Bagaimana demam terjadi?

Demam menolong anak anda melawan jangkitan kuman dengan memberikan persekitaran yang kurang baik untuk bakteria dan virus membiak. Bahan kimia yang dirembes kedalam darah akan memberikan signal ke otak untuk menaikan tahap suhu badan kanak-kanak yang akan menolong sel darah putih melawan kuman.
Rasa mengigil adalah disebabkan oleh urat yang kejang supaya tubuh boleh meninggikan lagi suhu badan. Peluh yang terjadi semasa demam pula mencegah suhu badan agar tidak menjadi terlalu tinggi.

Apa yang perlu anda buat?

Sekiranya anda mensyaki yang anak anda mengalami demam, alat pengukur suhu yang boleh didapati difarmasi dengan senang dapat mempastikan samada anak anda demam atau tidak. Sekiranya ia melebihi 37.7 darjah demam terjadi. Sekiranya ia disertai dengan mata kuyu, kulit kering dan kencing yang jarang ia menunujukkan anak anda mengalami dehidrasi perlu mendapat perhatian segera. Bagi anak kecil seperti bayi, sekiranya demam disertai dengan tangisan  berterusan, tidak aktif dan leher kejang mungkin tanda jangkitan yang lebih serius, bawalah bayi doktor untuk pemeriksaan.

Gejala gejala serius yang memrlukan pemeriksaan segera. 

  • Demam melebihi 3 hari walaupun sudah diberikan ubat
  • Tanda dehidrasi seperti dahagam mata layu, kulit dan bibir kering
  • Menangis berterusan, kurang aktif, tiada selera makan, leher kejang
  • Sakit perut
  • Bayi tiada 'eye contact'
  • Badan kejang dan penafasan yang terlalu pantas.

Pusat BAby

Semasa didalam rahim ibu, bayi bernafas mengunakan uri yang bersambung melalui tali pusat. Selepas dilahirkan tali pusat ini tidak lagi diperlukan dan bakal menjadi ‘bellybutton’ seperti orang dewasa.
Sebaik dilahirkan, tali pusat bayi kelihatan seperti jeli yang panjangnya lebih kurang 3 cm terkepit dengan ‘clamp’ semasa proses bersalin sebelumnya. Tali pusat tidak mengandungi saraf jadi bayi tidak akan merasa sakit semasa mengendalikanya.
Ia tidak kelihatan begitu cantik tetapi menakjubkan kan?
Tali pusat bayi tidak memerlukan penjagaan rapi tetapi sebelum ia menjadi kering dan luruh dengan sendirinya, eloklah biarkan ia bersih dan kering sepanjang masa.
 Cara menjaganya
 1.     Pastikan Ia bersih. Anda boleh mencusi mengunakan pencuci ‘spirit’ tetapi kajian terbaru menunjukkan, tali pusat lebih cepat sembuh sekiranya dibiarkan begitu sahaja. Cuci dengan pembersih cuma apabila ia menjadi kotor atau terkena najis. Pastikan tangan anda bersih dan bebas dari kotoran dahulu sebelum mengendalikannya. Pegang dengan jari hujung tali pusat dan lap kering kelilingnya mengunakan tuala kecil yang  bersih. Bagi kawasan yang agak dalam, anda boleh mengunakan ‘cotton bud’ .Sekiranya puan mengunakan alat pengering rambut, pastikan jarak yang selamat dan gunakan suhu yang sederhana.

2.     Biarkan ia kering. Dedahkan tali pusat untuk mempastikan ia kering dari akarnya, iaitu kawasan yang bersambung dikulit. Pastikan lampin bayi tidak menutupinya. Sekiranya nampak basah terkena air kencing, cuci dengan segera dan lap kering sepenuhnya.
 3.     Mandi gunakan sponge. Secara praktikalnya ia lebih sesuai sehinggalah tali pusat pulih sepenuhnya. Sekiranya ia sudah luruh, anda boleh mula mandikan mengunakan tub atau sink.
4.     Biarkan ia gugur dengan sendiri. Cuba untuk bendung keinginan untuk menarik tali pusat walaupun ia terjuntai seperti dari seurat benang.
 Tanda jangkitan
selepas 2 hariSemasa tempuh pemulihan, agak normal sekiranya tali pusat kelihatan keras atau terdapat darah kering padanya, tetapi kalau terdapat tanda tanda seperti dibawah, anda disarankan untuk membawa bayi berjumpa doktor dengan segera, 
  • Kelihatan kemerahan dan bengkak
  • Berdarah tanpa berhenti
  • Keluar nanah
  • Mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan

FAkta MEnarIK mengenai Baby :-)


Bayi tiada kepala lutut.
Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan

Bayi tiada air mata.
Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

Mereka mempunyai lebih tulang.
Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

Tanda Lahir
Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

Bayi mempunyai deria bau yang kuat.
Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

Penglihatan
Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

Rambut
Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat.
Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir.

Deria Rasa
Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

Sunday, February 5, 2012

tanda2 duit lelaki mula kekurangan....


“Adakah si dia sudah poket kering, tetapi malu untuk memberitahu” atau “apa yang harus aku lakukan sekiranya dia langsung tidak mahu berterus-terang?”


Bagi lelaki, perkara paling sensitif dalam hidup mereka apabila disentuh soal kewangan....pompuan kne la pham kn...
Jadi, mereka tidak akan sesekali memberitahu kepada kaum pompuan tentang masalah berkaitan wang ringgit.



Sebagai kekasih mahupun pasangan hidup,
kamu seharusnya memahami situasi yang dihadapi dan jangan menambahkan lagi kekusutan difikirannya... lg elok klu diam jek... jgn membebel..kerana boleh mengusutkan lagi keadaan


tanda2 die

Menghabiskan masa di rumah

Setiap kali tibanya hujung minggu, si dia lebih gemar menghabiskan masa bersama ahli keluarganya di rumah


Menonton TV sebagai hobi
kalau masa ade duit die akan slalu menonton wayang, tapi tetibe jek lepak kat umah tgk tv... tu tanda mmg duit semakin kurg t tue,,,

Makan di gerai murah
Sebelum ini, si dia sering mengajak kamu menikmati hidangan di restoran-restoran eksklusif dan mewah. Tetapi kali ini, dia mengambil keputusan membawa kamu ke gerai murah.... biase mamak lah kn...


Pulang awal
Selepas menjemput kamu dari pejabat, dia terus membawa kamu pulang ke rumah. Padahal, kebiasaannya si dia selalu membawa kamu keluar makan bersama.


Tiada hadiah ulang tahun <>
Selama ini, si dia tidak pernah ketinggalan memberi hadiah menjelang ulang tahun kamu berdua atau menjelang hari-hari istimewa. Tetapi kali ini, si dia hanya memberikan ucapan tanpa pemberian sebarang hadiah.

Hindari ajakan ke pusat beli-belah
Si dia kelihatan tidak tenang apabila kamu mengajaknya ke pusat beli-belah. Mungkin si dia takut apabila kamu menyuruhnya membelikan sesuatu untuk kamu.

Destinasi legenda jadi pilihan
Tidak seperti biasa, si dia mengajak kamu mengunjungi ke tempat-tempat peninggalan sejarah lampau seperti muzium mahupun zoo.


Hanya menemani
“Maaf, saya sudahpun menikmati hidangan di rumah, saya teman kamu saja ya?” Itulah jawapannya ketika kamu mengajaknya makan di luar. Dengan kata ‘menemani’, ia bererti tiada keperluan untuknya membelanja kamu.


SMS sahaja
Kebiasaannya, setiap saat dan minit si dia rajin menelefon kamu, tetapi kali ini dia lebih gemar menghantar mesej menerusi khidmat pesanan ringkas atau SMS.

Kereta rosak
Tanpa kamu bertanya, si dia menceritakan soal berkaitan keretanya yang kian meragam. “Selalunya ok, tetapi hari ini saya terdengar suatu bunyi pada enjin, takutnya… Kenapa ini.”

Begitulah alasannya. Si dia mungkin sukar berterus-terang kepada kamu tentang masalah kewangannya dan dia mengharapkan kamu faham keadaan itu melalui perubahan tingkah lakunya..

Wednesday, January 11, 2012

hari y siBuk...

pagi bermula dgn mood bengang.... sampai je opis, tau2 benda y sepatutnyer xde mslh tp bleh jd masalah y sgt menyusahkn..
benci sgt klu 3 perkataan ni keluar.."system data problem". xde ke hari yg menyenangkn??????????

Tuesday, January 10, 2012

MR for Mrs

hari nie genap 60 hari ak nyer status as HUsband for Wife...:-) umm mencabar jgk jd suami kepada seorg wanita... yg dlu nyer "miss S" kni da jadi "mrs A" xpon "Puan S", last post ak bulan sept... bygkan dah bpe lme xupdate blog nie... xsempat nk update gmb2 kawen lg.. nti ak update k...
 
...mY jourNey... @ennizam