Sunday, February 5, 2012

tanda2 duit lelaki mula kekurangan....


“Adakah si dia sudah poket kering, tetapi malu untuk memberitahu” atau “apa yang harus aku lakukan sekiranya dia langsung tidak mahu berterus-terang?”


Bagi lelaki, perkara paling sensitif dalam hidup mereka apabila disentuh soal kewangan....pompuan kne la pham kn...
Jadi, mereka tidak akan sesekali memberitahu kepada kaum pompuan tentang masalah berkaitan wang ringgit.



Sebagai kekasih mahupun pasangan hidup,
kamu seharusnya memahami situasi yang dihadapi dan jangan menambahkan lagi kekusutan difikirannya... lg elok klu diam jek... jgn membebel..kerana boleh mengusutkan lagi keadaan


tanda2 die

Menghabiskan masa di rumah

Setiap kali tibanya hujung minggu, si dia lebih gemar menghabiskan masa bersama ahli keluarganya di rumah


Menonton TV sebagai hobi
kalau masa ade duit die akan slalu menonton wayang, tapi tetibe jek lepak kat umah tgk tv... tu tanda mmg duit semakin kurg t tue,,,

Makan di gerai murah
Sebelum ini, si dia sering mengajak kamu menikmati hidangan di restoran-restoran eksklusif dan mewah. Tetapi kali ini, dia mengambil keputusan membawa kamu ke gerai murah.... biase mamak lah kn...


Pulang awal
Selepas menjemput kamu dari pejabat, dia terus membawa kamu pulang ke rumah. Padahal, kebiasaannya si dia selalu membawa kamu keluar makan bersama.


Tiada hadiah ulang tahun <>
Selama ini, si dia tidak pernah ketinggalan memberi hadiah menjelang ulang tahun kamu berdua atau menjelang hari-hari istimewa. Tetapi kali ini, si dia hanya memberikan ucapan tanpa pemberian sebarang hadiah.

Hindari ajakan ke pusat beli-belah
Si dia kelihatan tidak tenang apabila kamu mengajaknya ke pusat beli-belah. Mungkin si dia takut apabila kamu menyuruhnya membelikan sesuatu untuk kamu.

Destinasi legenda jadi pilihan
Tidak seperti biasa, si dia mengajak kamu mengunjungi ke tempat-tempat peninggalan sejarah lampau seperti muzium mahupun zoo.


Hanya menemani
“Maaf, saya sudahpun menikmati hidangan di rumah, saya teman kamu saja ya?” Itulah jawapannya ketika kamu mengajaknya makan di luar. Dengan kata ‘menemani’, ia bererti tiada keperluan untuknya membelanja kamu.


SMS sahaja
Kebiasaannya, setiap saat dan minit si dia rajin menelefon kamu, tetapi kali ini dia lebih gemar menghantar mesej menerusi khidmat pesanan ringkas atau SMS.

Kereta rosak
Tanpa kamu bertanya, si dia menceritakan soal berkaitan keretanya yang kian meragam. “Selalunya ok, tetapi hari ini saya terdengar suatu bunyi pada enjin, takutnya… Kenapa ini.”

Begitulah alasannya. Si dia mungkin sukar berterus-terang kepada kamu tentang masalah kewangannya dan dia mengharapkan kamu faham keadaan itu melalui perubahan tingkah lakunya..

 
...mY jourNey... @ennizam