Monday, June 18, 2012

hari pertama

. . Bermula la satu lg perjalan hdup ni, career di tempat br. . Walaupn kje ni sebulan jek. . Ak akan cube wat kn y terbaik. .
Published with Blogger-droid v1.6.9

Sunday, June 3, 2012

Muntah Susu

Apa itu muntah susu?

Istilah perubatan pada masalah ini ialah gastroesophageal reflux. Ia tidak sama dengan muntah biasa. Muntah susu adalah masalah yang sangat kerap terjadi dikalangan bayi iaitu 40% pada bayi berusia kurang dari 1 tahun.

Apa yang menyebabkan muntah?

Ia terjadi kerana susu didalam perut termasuk balik kedalam salur esophagus ( saluran yang menyambungkan perut dan mulut). Bagi bayi yang lebih berusia, terdapat otot pada pangkal esofagus ini yang menghalang makanan dari perut masuk balik ke esofagus yang berfungsi seperti penutup satu hala atau 'valve'. Walaubagaimanapun, valve ini tidak betul-betul berfungsi sehinggalah bayi berusia 1 tahun ke atas. Itulah sebabnya ia lebih lebih kerap terjadi dikalangan bayi berusia kurang dari 1 tahun.

Gejala dan simtom

  • Keluar secara 'effortless'
  • Muntah terjadi sebaik minum susu
  • Muntah selepas sendawa
  • Susu keluar lebih banyak terutama setelah terlebih minum

Tip untuk kurangkan muntah susu

  • Sendawakan bayi dengan lebih kerap, semasa dan selepas menyusu
  • Kurangkan tekanan pada perut- jangan berbekung atau memakai lampin yang ketat.
  • Elakkan pergerakkan seperti membuai yang keterlaluan semasa dan selepas menyusu
  • Hindar dari minum susu terlalu banyak dalam satu masa
  • Baringkan bayi dalam kedudukan mengiring sebelah kanan semasa tidur
  • Tinggikan kepala bayi 30 darjah semasa tidur
  • Tegakkan badan bayi sebaik selepas menyusu.
  • Periksa samada terdapat “dribbling” pada mulut bayi semasa tidur. Lap sekiranya ada susu untuk mengurangkan iritasi.
  • Pastikan bayi tidak mengalami dihydrasi (kekurangan cecair badan) dengan memeriksa tanda-tanda dehidrasi seperti:
    • Lampin- sekiranya lampin kerap kering bayi mungkin mengalami dehidrasi
    • Periksa mulut: Lidah yang terlalu kering menunjukkan bayi dehidrasi
    • Kulit: sekiranya nampak kering dan berkedut, mungkin bayi mengalami dehydrasi.

Bila perlu jumpa doktor?

Kebanyakkannya akan hilang dengan sendiri selepas 12 bulan dan bayi membesar secara normal. Walaubagaimanapun, ada segelintir dari bayi yang muntah terlalu banyak sehinggalah ia tidak membesar sebagaimana yang sepatutnya. Sekiranya muntahnya keterlaluan setiap kali menyusu, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.

TIP UNTUK MENYUSUKAN BAYI

  • Menyusu dengan kadar sedikit. Hadkan setiap susuan kurang dari 20 min sekiranya menyusu botol.
  • Sekiranya menyusu badan, susukan pada sebelah buah dada sahaja dan perah yang satu lagi.
  • Jarakkan susuan sekurang-kurang 2 jam kerana perut mengambil masa 2 jam untuk kosong semula.
  • Pakaikan lampin dengan lebih longgar
  • Susukan bayi dalam keadaan tegak sedikit

Bayi DEmam??

Apabila anak anda mengalami demam, ia selalunya menunjukkan yang badannya sedang melawan serangan kuman.  Walaubagaimapun, kanak-kanak juga mungkin akan cuma mengalami sedikit rasa panas, berpeluh dan rasa “feverish” tanpa betul betul mengalami demam yang sebenar. 
Tidak semua bayi atau kanak-kanak akan mengalami demam walau badannya sedang melawan jangkitan kuman dan tanda-tanda mungkin berbeza diantara satu dan yang lain. Ada setengahnya mungkin aktif walaupun mengalami demam tinggi dan ada juga yang kelihatan cukup lemah walaupun cuma mengalami demam yang sederhana sahaja. Kebanyakan demam yang ringan dengan sendiri hilang selepas 2-3 hari tapi sekiranya  ia berlarutan bawalah anak anda berjumpa doktor.

Bagaimana demam terjadi?

Demam menolong anak anda melawan jangkitan kuman dengan memberikan persekitaran yang kurang baik untuk bakteria dan virus membiak. Bahan kimia yang dirembes kedalam darah akan memberikan signal ke otak untuk menaikan tahap suhu badan kanak-kanak yang akan menolong sel darah putih melawan kuman.
Rasa mengigil adalah disebabkan oleh urat yang kejang supaya tubuh boleh meninggikan lagi suhu badan. Peluh yang terjadi semasa demam pula mencegah suhu badan agar tidak menjadi terlalu tinggi.

Apa yang perlu anda buat?

Sekiranya anda mensyaki yang anak anda mengalami demam, alat pengukur suhu yang boleh didapati difarmasi dengan senang dapat mempastikan samada anak anda demam atau tidak. Sekiranya ia melebihi 37.7 darjah demam terjadi. Sekiranya ia disertai dengan mata kuyu, kulit kering dan kencing yang jarang ia menunujukkan anak anda mengalami dehidrasi perlu mendapat perhatian segera. Bagi anak kecil seperti bayi, sekiranya demam disertai dengan tangisan  berterusan, tidak aktif dan leher kejang mungkin tanda jangkitan yang lebih serius, bawalah bayi doktor untuk pemeriksaan.

Gejala gejala serius yang memrlukan pemeriksaan segera. 

  • Demam melebihi 3 hari walaupun sudah diberikan ubat
  • Tanda dehidrasi seperti dahagam mata layu, kulit dan bibir kering
  • Menangis berterusan, kurang aktif, tiada selera makan, leher kejang
  • Sakit perut
  • Bayi tiada 'eye contact'
  • Badan kejang dan penafasan yang terlalu pantas.

Pusat BAby

Semasa didalam rahim ibu, bayi bernafas mengunakan uri yang bersambung melalui tali pusat. Selepas dilahirkan tali pusat ini tidak lagi diperlukan dan bakal menjadi ‘bellybutton’ seperti orang dewasa.
Sebaik dilahirkan, tali pusat bayi kelihatan seperti jeli yang panjangnya lebih kurang 3 cm terkepit dengan ‘clamp’ semasa proses bersalin sebelumnya. Tali pusat tidak mengandungi saraf jadi bayi tidak akan merasa sakit semasa mengendalikanya.
Ia tidak kelihatan begitu cantik tetapi menakjubkan kan?
Tali pusat bayi tidak memerlukan penjagaan rapi tetapi sebelum ia menjadi kering dan luruh dengan sendirinya, eloklah biarkan ia bersih dan kering sepanjang masa.
 Cara menjaganya
 1.     Pastikan Ia bersih. Anda boleh mencusi mengunakan pencuci ‘spirit’ tetapi kajian terbaru menunjukkan, tali pusat lebih cepat sembuh sekiranya dibiarkan begitu sahaja. Cuci dengan pembersih cuma apabila ia menjadi kotor atau terkena najis. Pastikan tangan anda bersih dan bebas dari kotoran dahulu sebelum mengendalikannya. Pegang dengan jari hujung tali pusat dan lap kering kelilingnya mengunakan tuala kecil yang  bersih. Bagi kawasan yang agak dalam, anda boleh mengunakan ‘cotton bud’ .Sekiranya puan mengunakan alat pengering rambut, pastikan jarak yang selamat dan gunakan suhu yang sederhana.

2.     Biarkan ia kering. Dedahkan tali pusat untuk mempastikan ia kering dari akarnya, iaitu kawasan yang bersambung dikulit. Pastikan lampin bayi tidak menutupinya. Sekiranya nampak basah terkena air kencing, cuci dengan segera dan lap kering sepenuhnya.
 3.     Mandi gunakan sponge. Secara praktikalnya ia lebih sesuai sehinggalah tali pusat pulih sepenuhnya. Sekiranya ia sudah luruh, anda boleh mula mandikan mengunakan tub atau sink.
4.     Biarkan ia gugur dengan sendiri. Cuba untuk bendung keinginan untuk menarik tali pusat walaupun ia terjuntai seperti dari seurat benang.
 Tanda jangkitan
selepas 2 hariSemasa tempuh pemulihan, agak normal sekiranya tali pusat kelihatan keras atau terdapat darah kering padanya, tetapi kalau terdapat tanda tanda seperti dibawah, anda disarankan untuk membawa bayi berjumpa doktor dengan segera, 
  • Kelihatan kemerahan dan bengkak
  • Berdarah tanpa berhenti
  • Keluar nanah
  • Mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan

FAkta MEnarIK mengenai Baby :-)


Bayi tiada kepala lutut.
Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan

Bayi tiada air mata.
Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

Mereka mempunyai lebih tulang.
Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

Tanda Lahir
Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

Bayi mempunyai deria bau yang kuat.
Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

Penglihatan
Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

Rambut
Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat.
Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir.

Deria Rasa
Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.
 
...mY jourNey... @ennizam