Tuesday, September 17, 2013

Kerana terlalu.........

::.. Kerana terlalu JUJUR, Kita sering DITIPU..

::.. Karena terlalu SETIA, Kita sering DIKECEWAKAN..

::.. Kerana terlalu RINDU, Kita sering MENANGIS..

::.. Kerana terlalu MENCINTAI, Kita sering TERLUKA..

::.. Kerana terlalu SAYANG, Kita sering MERANA..

::.. Walaupun begitu, tetaplah JUJUR dan SETIA kerana kebaikan akan menghadirkan KETENANGAN..

Terhadap seseorang insan, boleh RINDU, CINTA dan SAYANG tapi jangan terlalu..

::.. Utamakan Cinta Kepada Allah dan Rasulullah agar mendatangkan pahala, Cinta terhadap manusia bersikaplah wajar kerana sebaik-baiknya dia hanyalah seorang makhluk yang mana hatinya ada dalam genggaman Allah..

Monday, September 16, 2013

Sesuatu yang bukan milik kita

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Amat kecewa sekali. Sesuatu yang hilang dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.
Akhirnya angan – angan  ini tenggelam perlahan – lahan.

Sungguh, semua itu telah menghadirkan kekecewaan yang begitu menggelora didalam jiwa.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara.Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan dapat dikecap, tidak setiap yang kita mahu boleh tercapai. Dan tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tidak perlu kita tangisi.

Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak mempunyai hukum: iaitu harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa asal  itu semua pemberian Allah hingga membuatkannya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Hakikat kegagalan adalah sesuatu yang memang bukan hak kita, yang telah ditetapkan oleh Nya.

Bukan Milik Kita
Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, seperti itu rezeki, jawatan dan kedudukan pasti akan Allah sampaikan.Tetapi apa yang memang bukan milik kita, maka tidak akan dapat kita  miliki, meski ia nyaris menghampiri kita, meskipun kita bermati-matian mengusahakannya.

“Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakanya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikaNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri” (QS Al-Hadid ; 22-23)

Demikian juga bagi yang sedang gundah-gulana mengenai jodoh. Kadangkala kita tidak sedar dengan menyalahkan Allah tentang jodoh kita,bukanya meminta yang terbaik dalam istikharah kita. Seakan kita yang menentukan segalanya..

Wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah :

“…. Boleh jadi kalian membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian.Allah Maha mengetahui kalian tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah 216)

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berpanjangan terhadap apa-apa yang luput dan telah hilang darimu.  Apa-apa yang kita rasa perlu didunia ini,  haruslah boleh memberi  harapan kepada kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang mukmin tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup di akhirat kelak!


Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Babyland Cloth Diaper Free Ship

umm ade mcm iklan x ???

:-) malas giler nak masukkan dalam mudah, ni sume gara2 ibu syakira yg tamak sgt nk beli Babyland Cloth Diaper atau nme yg senang nk sebut CD BAby,

sebelum baby lahir bukan main lagi..semua nk beli..last2...pas baby lahir..langsung xguna pon benda ni, sebabnya

1) memula hantar syakira rumah sorg makcik ni... makcik ni xbiase guna benda ni, guna pampers je senang katanya

2) selepas 2 minggu anta tempat makcik tu, kitrg tukar hantar syakira ke tempat mcm Taska sket, FACE name tempat tu, kat UPM.  
kat sini pon digalakan guna pampers xnak guna benda ni.. so membazir je beli... dah la beli mcm2 corak.. rugi rugi...

lagi satu ak rase benda ni xpractikal... guna pampers je lagi senang... ni nk basuh lagi... huh

lepas beberape bulan baju baby mula banyak..barang2 baby mula banyak... so jumpe balik la benda ni..terbiar je dalam kotak barang baby, so kitrg amik keputusan nk jual benda ni..syg..sbb xguna langsung..tapi masalahnyer CD ni dah dibasuh..:-) dah siap basuh so plastik die mmg xde la kn..da buang.. nk jual pon kalau ckp xpenah guna org xkn pecaya..or susah nk pcaya kn...yelah benda2 higene ni....

so kitrg amik keputusan nk jual jgk.... tgk la gambar dalam folder mudahmy ni... amik gambar bukan main.. tapi xletak2 pon lagi dalam mudah.my



iklan die pon siap karang lagi, 
certgk sket...


Babyland Cloth Diaper Free Ship

Babyland Cloth Diaper masih baru belum dan belum digunakan.

whatsap: 0174082209
call: 0126904002
email: mrssyida@yahoo.com

Babyland Cloth Diaper masih baru belum dan belum digunakan. dan bermacam-macam jenis design/warna.

harga RM16 pcs (jenis biasa)dan RM 20 (bamboo)

untuk maklumat lanjut boleh

whatsap: 0174082209
call: 0126904002
email: mrssyida@yahoo.com

reason for sell: Pengasuh di taska tidak membenarkan menggunakan cloth diaper.
harga negeo jika borang semua.

cara pembayaran dan penghantaran: bankin or cash on delivery. 
kos penghantaran:

posbiasa
0-250gm = RM4.00
250-500gm = RM5.00
500-1kg = RM6.20
1kg-2kg = RM8.20

Poslaju
0-500gm = RM6.00
500-750gm = RM7.30
750-1kg = RM8.70

sekitar 25km. saya hantarkan. tidak perlu kos penghantaran.free...special delivery namanya...


 
...mY jourNey... @ennizam